Blogger Templates

Sunday, July 31, 2011

Sebuah Seruan~




Ku kumandangkan sebuah seruan, ke seluruh dunia, barangkali saja seruan ini didengar...






Kepada tiap insan yang ingin mengecap manisnya penghambaan...

Kepada tiap insan yang ingin merasakan kedekatan dengan Allah...

Kepada tiap insan yang ingin merasakan menghiba di hadapan-Nya...

Kepada tiap insan yang ingin merasakan nilai kehidupan...

Kepada tiap insan yang tenggelam di dalam kelam kemaksiatan...


Jadikan doa sebagai pewujud cita-cita kalian.


Ilahi..hamba-Mu yang miskin dan lemah ini berdiri di hadapan-Mu...

Ilahi..hamba telah menganiaya diri hamba sendiri dan

tidak akan ada yang mengampuni dosa hamba selain Engkau,

Maka ampunilah hamba...


Ilahi..hamba telah bertaubat kepada-Mu namun kembali melakukan dosa dan kemaksiatan,

Maka bantulah hamba dan tegarkanlah jiwa hamba...

Ilahi..bimbinglah hamba menuju kepada-Mu,

Kerana hamba ini lemah dan Engkau Maha Perkasa


Ya Allah, yang telah menutupi kesalahan dan kemaksiatan hamba,

tidakkah Engkau menutupi hamba nanti di hari pengembalian?

Hamba kembali kepada-Mu,


Tuhan...

Maka terimalah hamba...




Saturday, July 30, 2011

KENAPA???


KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."

(Surah Al-Ankabut, 29:2-3)


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

(Surah Al-Baqarah, 2:216)


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

(Surah Al-Baqarah, 2:286)


RASA LEMAH?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman."

(Surah Ali Imran, 3:139)


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (mengahadapi segala kesukaran dalam mengerjakan segala perkara-perkara kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih dari kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

(Surah Ali Imran, 3:200)


"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."

(Surah Al-Baqarah, 2:45)


APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka."

(Surah At-Taubah, 9:111)


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal."

(Surah At-Taubah, 9:129)


AKU TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI...

"Jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir."

(Surah Yusuf, 12: 87)




Thursday, July 28, 2011

...::: Ya Rabb:::....





" Allahu Rabbi,
Ya malikal qalbi,
Ya syafi'an nafsi,
inni arju ilaiKa...."



Ya Allah ya Tuhanku,
Pemilik hatiku,
Penyembuh lara jiwaku,
ku serahkan padamu segalanya...






Wednesday, July 27, 2011

Malu Sebahagian Daripada Iman~


Dari Salim bin Abdullah r.a dari ayahnya, katanya:”Nabi s.a.w lalu di hadapan seorang Ansar yang sedang mencela saudaranya kerana saudaranya itu pemalu. Maka sabda rasulullah s.a.w kepadanya:”Biarkanlah dia! Sesungguhnya malu itu sebahagian daripada iman.” (HR Bukhari)

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:“Sifat malu itu akan menghasilkan kebaikan”. (H.Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya:”Rasulullah s.a.w adalah seorang yang sangat pemalu, lebih pemalu dari gadis pingitan. Apabila baginda tidak menyenangi sesuatu, kami dapat mengetahuinya dari wajah baginda.”(HR. Muslim)

Keterangan Hadis:

1. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Iman itu mempunyai tujuh puluh cabang atau enam puluh cabang, maka yang paling utama ialah ucapan Laa ilaha illallah (Tidak ada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah) dan yang paling rendah ialah membuang duri dari jalan dan sifat malu ialah satu cabang dari iman.”(HR al- Baihaqi).

2. Di dalam perjalanan manusia sebagai hamba untuk mendekatkan diri kepada-Nya, ‘rasa malu’ merupakan tangga yang pertama. Maka, masih sangat jauh sebenarnya kita daripada kewujudan rasa cinta kepada Allah. Rasulullah sekalipun mempunyai rasa malu terhadap Allah SWT. Ia terserlah dalam kisah Mi'raj baginda iaitu di saat Rasulullah menerima perintah secara langsung agar umatnya mengerjakan solat. Di peringkat awalnya, Allah memerintahkan solat sebanyak 50 kali dalam sehari. Baginda menyanggupinya, namun Nabi dan Rasul lain yang ditemui dalam perjalanan mikraj tersebut menasihati bahawa tugas itu terlalu berat bagi umat Muhammad. Lantas baginda meminta keringanan sehingga bilangan solat dikurangkan kepada lima kali sehari. Saat itu, baginda diingatkan sekali lagi bahawa solat lima kali sehari pun masih terlampau berat. Namun, baginda berasa amat malu untuk kembali meminta keringanan daripada Allah SWT. Inilah contoh sifat malu yang ada pada diri baginda.

3. Malu untuk mengurangi nilai pengabdian seorang hamba terhadap Tuhannya. Namun kita selaku umatnya tidak pula mempunyai rasa malu mengabaikan perintah solat dan lain-lain ibadah-ibadah yang diwajibkan. Begitulah manusia, lazimnya hanya merasa malu untuk urusan duniawi di hadapan manusia, bukan urusan keakhiratan di hadapan Tuhan.

4. Kita tidak merasa malu dengan dosa yang berbukit yang pernah kita lakukan. Malah mungkin tidak pernah terdetik rasa enggan kita untuk bertemu Allah lantaran merasa malu di atas segala kejahatan yang dilakukan yang tak pernah luput dari pengelihatan Nya? Sesungguhnya kita benar-benar tidak tahu malu.

5. Abdullah Ibn Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: “Orang yang malu kepada Allah dengan sepenuh malu adalah orang yang menjaga kepalanya dari isinya, menjaga perutnya dari segala rezeki tidak halal, selalu mengingati kematian, meninggalkan kemewahan dunia dan menjadikan perbuatan akhirat sebagai hal yang lebih utama. Sesiapa yang melakukan semua itu, maka ia telah malu kepada Allah dengan sepenuh malu”.

6. Dari sudut syarak malu adalah menahan diri dari melakukan sesuatu yang mengakibatkan sesuatu yang negatif bukan malu tersipu-sipu yang tidak kena pada tempatnya. Sifat malu tersipu-sipu dan merendah diri ini adalah al-jahalu. Contoh malu tersipu-sipu hingga takut menjawab soalan guru di kelas adalah contoh al-jahalu. Sikap ini disebabkan kurangnya keyakinan diri dan lemah peribadi.

7. Tetapi al-haya’ (malu) adalah disebabkan sifat percaya diri dan kuat keperibadian lantaran kuatnya iman dalam menolak segala sesuatu yang negatif. Maka sifat malu itu sendiri adalah sebahagian daripada iman dan terpuji. Sifat malu menjadikan seseorang jauh daripada perbuatan hina dan maksiat sebaliknya meletakkan dirinya dalam keadaan kesempurnaan kerana selalu melakukan hal-hal yang positif. Dia akan berkata bahawa: “ Sesungguhnya aku adalah lebih tinggi daripada perbuatan terkutuk itu dan aku lebih mulia daripada perbuatan tercela itu.”.

8. Sifat malu adalah suatu sifat yang terpuji. Sesiapa yang memilikinya akan terlepas daripada segala kejahatan kerana dengan adanya sifat malu kita tidak akan melakukan segala keburukan.

9. Kesimpulannya sifat malu akan meninggikan darjat keimanan orang yang milikiny. Seseorang yang tidak mempunyai sifat malu, dia bukanlah hidup sebenarnya, tetapi sudah mati atau hampir mati imannya.

Saturday, July 16, 2011

~Hati Kasih~





Kerana DIA, ku disini..Kerana DIA, ku hidup didunia ini..Perlukah ku utamakan cinta selainNYA kerana cinta itu juga adalah kurniaanNYA..Perlukah ku utamakan perkara dunia berbanding ibadah kepadaNya, sedangkan dunia ini hanyalah sementara..

Perlukah ku lupakan akhirat yang selama-lamanya, sedangkan ianya adalah tempatku yang kekal?
Jika derita atau bahagia didunia, hakikatnya adalah sebentar saja, jadi jangan terlalu kecewa atau gembira.
Tapi jika di akhirat sana, pastilah derita dan bahagia itu selama-lamanya, kenapa perlu lagi dilupakannya?

Sangat tidak wajar untuk melupakan DIA. Kerana DIA tidak sedetik pun melupakanmu. Memberi dan terus memberi kasih sayang padamu. mencurah segala kenikmatan pada mu.


(QS Ar-Rahman, 55:13)

Bersyukurlah wahai diri atas segala yang dikurniakan Ilahi pada mu..Jika kamu merasakan ujianmu berat. Ingatlah sesungguhnya ada yang lebih berat ujiannya berbanding dirimu.

Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Tenanglah wahai sahabat kerana diriku pernah diuji dengan ujian sepertimu. Memang sakit. Memang perit. Namun bersyukurlah dan redhalah kerana ada hikmah disebaliknya. Diriku telah mengetahui hikmah disebalik ujian tersebut. Daku harap dirimu juga sepertiku. Kuatkan semangatmu wahai sahabat. Yakinlah, Allah mengatur yang terbaik untuk dirimu.

Sunday, July 10, 2011

~Menilai Seseorang~

From: Ustaz Hafiz



Jangan mudah menilai akan diri seseorg, kerana yang berhak menilai adalah Allah Ta'ala sebagai Tuhan.

Kadangkala, bila kita melihat seseorang melakukan kesilapan, mudah sekali menganggap dia hina dalam kehidupan..

Bila terlihat seseorang terjebak dengan dosa, cepat sekali kita buat tanggapan dia akan hidup begitu selama-lamanya..

Adakalanya, bila kita mengetahui seseorang itu membuat salah dan terjerumus dalam dosa, lalu kita berbangga dengan diri kita kerana kita sepertinya, malah terasa mulia hingga bermegah sentiasa.

Alangkah hinanya kita, sepatutnya perkara mungkar didepan mata, perlulah segera mencegah dan menghalangnya. Namun lain pula dilakukan oleh kita, kita gemar melayan perasaan mulianya kita, hingga memperlekeh-lekehkan mereka. Sebenarnya adakah iman kita masih ada, kerana selemah-lemah bila kemungkaran berlaku didepannya, adalah membenci sedalam2nya melalui hatinya. Namun lain pula yang berlaku, kita tak membenci kemungkaran yg berlaku didepan mata kita, tetapi sebaliknya memuliakan pula diri kita dihadapan mereka. Sedarilah, jikalau ingin menegur pula, janganlah pula masukkan unsur untuk mengutuk mereka..

Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang melihat kemungkaran, cegahlah dengan tangan. Jika dia tidak mampu, cegahlah dengan lisan. Jika dia tidak mampu juga, cegahlah dengan hati. Sesungguhnya itu selemah-lemah iman”

Firman Allah ta`ala yang bermaksud: “Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik…..” (Surah An-Nahl: 125)

Sesungguhnya jangan merendah-rendahkan seseorang atas kesilapan yang telah dilakukannya, kerana mungkin suatu hari kita ditakdir melakukan kesilapan yang sama. Jangan mencemuh dan menghina kerana dosanya, kerana mungkin dia sudah bertaubat pd Yang Esa. Sebaiknya, bila seseorang melakukan kesilapan mahupun dosa, tegur dan nasihatilah dia serta berdoalah agar Allah kurniakan hidayah kepadanya. Ingatlah bahawa keadaan kita sekarang ini adalah berkat dari hidayah Allah Ta'ala, dan baiknya diri kita bukan semata-mata kerana diri kita, namun ianya adalah kerana petunjukNya. Maka bersikaplah sebaik mungkin dengan mereka, agar dirimu mampu menjadi teladan buat mereka. Jangan kerana sikap diri kita, mereka semakin jauh dari dakwah kita.

"Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk (memberi taufik) siapa yang dikehendaki-Nya. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredhaan Allah. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup sedang kamu sedikit pun tidak akan dianiaya (dirugikan)."[Al-Baqarah ayat 272]


Yaa muqollibal quluub tsabbit qolbiy ‘alaa diinika wa’ala thoo’atika”..

wahai yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku untuk tetap konsisten dalam dien-Mu dan dalam menta’ati-Mu.