Blogger Templates

Saturday, October 18, 2014

I'm Back!

Bismillah

Assalamualaikum w.b.t,

Lama sudah tak menulis di blog. Daripada bermula pengajian master-bercinta-putus cinta-tamat master-sambung belajar lagi-berkahwin-and now i'm pregnant. Panjang sungguh liku-liku hidup ini. Masa berlalu begitu singkat. Rasanya kena start menulis semula sebagai kelancaran dan latihan pada penulisan tesis. Masalahnya, idea penulisan tak ada. Berfikir bukan main banyak, tapi penulisan tak ada. Husband selalu kata, aku ni berfikir banyak sangat.. alamak..kan dah kena. Tapi bagi aku berfikir satu proses untuk menggunakan otak dengan sebaiknya. Tapi kalau asyik fikir sesuatu di luar jangkauan manusia tu parah sikit.

But, that is what happen to me. Fikir jauh sangat. Sedangkan Allah telah tetapkan diri seseorang itu pada tempat yang betul. So, jangan kecewa dan teruskan hidup ok. Ada hikmah Allah tetapkan kita dijalan ini.

Patah balik pada main penulisan. Semoga hari ini bermulanya sebuah episod penulisan diriku.

I'm back!!!

Husband yang kaki main takraw pergi Kerteh harini. Ada perlawanan. Hopefully dapatla johan.. amin..

Duduk sorang kat rumah sebab sarat preggy 7bulan. Tambah lagi nak kena buat proposal. Bukan sekadar buat, tapi kena siapkan. Harap dapat present before deliver baby. InsyaAllah.

###Pengajaran duduk rumah harini adalah cuba belajar untuk jadi matang. Matang dalam berfikir. Matang dalam mengurus rumah tangga. Matang dalam mengurus masa. Matang dalam membentuk diri menjadi seorang MAMA. insyaAllah.. semoga berjaya nur ilani :)


Friday, October 4, 2013

AKU

Aku rasa
Happy
Aku rasa
Sihat
Aku rasa
Kaya
Aku rasa 
Tenang
Aku rasa
Masa panjang

vs 

Aku rasa
Sedih
Aku rasa 
Sakit
Aku rasa
Pokai
Aku rasa 
Serabut
Aku rasa
Masa cepat berlalu

Adakah "AKU" bersyukur?


:::Maka nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan? (Ar-Rahman, 55:13):::



Monday, August 8, 2011

::KuSerahkan Cinta padaMu::


Ku serah segala ketentuan
Biarlah masa yang berbicara
Dipangku wajah yang layu
Dan aku telah jemu


Aku tidak mahu berpaling
Pada yang mengganggu dan menggugat
Sapanya meletihkan diri
Hadirnya mengundang penat


Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku semakin tidak peduli
Apa yang mungkin akan terjadi
Kerana gerak dan tindakanku
Mahu bebas dari masalah


Ku serahkan cinta ini
Hanya padaMu, oh Tuhan


Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan


Aku adalah aku sekarang
Biar terbuang tetap berjuang
Akan ku serahkan jiwa ini
Sepenuh hati dengan keikhlasan
Aku adalah aku yang sekarang
Ku serahkan cinta ini



Monday, August 1, 2011

-Cahaya Iman-



Iman bagaikan emas permata
Letaknya di dalam jiwa
Kemilau warnanya bak cahaya
Menyuluh hidup seluruh manusia


Iman letaknya di hati
Suburkanlah dengan ilmu
Bajainya dengan zikrullah
Ia menunjukkan kita
Jalan diredhai Allah
Imanlah harta yang paling berharga


Iman kurniaan Yang Esa
Tanpa mengira bangsa dan rupa
Memberi petunjuk ke jalan mulia
Menjadi benteng penghalang dosa


Orang yang teguh iman
Sabar dengan ujian
Di akhirat dia insan yang mulia







-Aeman-



Sunday, July 31, 2011

Sebuah Seruan~




Ku kumandangkan sebuah seruan, ke seluruh dunia, barangkali saja seruan ini didengar...






Kepada tiap insan yang ingin mengecap manisnya penghambaan...

Kepada tiap insan yang ingin merasakan kedekatan dengan Allah...

Kepada tiap insan yang ingin merasakan menghiba di hadapan-Nya...

Kepada tiap insan yang ingin merasakan nilai kehidupan...

Kepada tiap insan yang tenggelam di dalam kelam kemaksiatan...


Jadikan doa sebagai pewujud cita-cita kalian.


Ilahi..hamba-Mu yang miskin dan lemah ini berdiri di hadapan-Mu...

Ilahi..hamba telah menganiaya diri hamba sendiri dan

tidak akan ada yang mengampuni dosa hamba selain Engkau,

Maka ampunilah hamba...


Ilahi..hamba telah bertaubat kepada-Mu namun kembali melakukan dosa dan kemaksiatan,

Maka bantulah hamba dan tegarkanlah jiwa hamba...

Ilahi..bimbinglah hamba menuju kepada-Mu,

Kerana hamba ini lemah dan Engkau Maha Perkasa


Ya Allah, yang telah menutupi kesalahan dan kemaksiatan hamba,

tidakkah Engkau menutupi hamba nanti di hari pengembalian?

Hamba kembali kepada-Mu,


Tuhan...

Maka terimalah hamba...




Saturday, July 30, 2011

KENAPA???


KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."

(Surah Al-Ankabut, 29:2-3)


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

(Surah Al-Baqarah, 2:216)


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

(Surah Al-Baqarah, 2:286)


RASA LEMAH?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman."

(Surah Ali Imran, 3:139)


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (mengahadapi segala kesukaran dalam mengerjakan segala perkara-perkara kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih dari kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

(Surah Ali Imran, 3:200)


"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."

(Surah Al-Baqarah, 2:45)


APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka."

(Surah At-Taubah, 9:111)


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal."

(Surah At-Taubah, 9:129)


AKU TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI...

"Jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir."

(Surah Yusuf, 12: 87)




Thursday, July 28, 2011

...::: Ya Rabb:::....





" Allahu Rabbi,
Ya malikal qalbi,
Ya syafi'an nafsi,
inni arju ilaiKa...."



Ya Allah ya Tuhanku,
Pemilik hatiku,
Penyembuh lara jiwaku,
ku serahkan padamu segalanya...