Blogger Templates

Monday, August 8, 2011

::KuSerahkan Cinta padaMu::


Ku serah segala ketentuan
Biarlah masa yang berbicara
Dipangku wajah yang layu
Dan aku telah jemu


Aku tidak mahu berpaling
Pada yang mengganggu dan menggugat
Sapanya meletihkan diri
Hadirnya mengundang penat


Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku semakin tidak peduli
Apa yang mungkin akan terjadi
Kerana gerak dan tindakanku
Mahu bebas dari masalah


Ku serahkan cinta ini
Hanya padaMu, oh Tuhan


Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan


Aku adalah aku sekarang
Biar terbuang tetap berjuang
Akan ku serahkan jiwa ini
Sepenuh hati dengan keikhlasan
Aku adalah aku yang sekarang
Ku serahkan cinta ini



Monday, August 1, 2011

-Cahaya Iman-



Iman bagaikan emas permata
Letaknya di dalam jiwa
Kemilau warnanya bak cahaya
Menyuluh hidup seluruh manusia


Iman letaknya di hati
Suburkanlah dengan ilmu
Bajainya dengan zikrullah
Ia menunjukkan kita
Jalan diredhai Allah
Imanlah harta yang paling berharga


Iman kurniaan Yang Esa
Tanpa mengira bangsa dan rupa
Memberi petunjuk ke jalan mulia
Menjadi benteng penghalang dosa


Orang yang teguh iman
Sabar dengan ujian
Di akhirat dia insan yang mulia







-Aeman-



Sunday, July 31, 2011

Sebuah Seruan~




Ku kumandangkan sebuah seruan, ke seluruh dunia, barangkali saja seruan ini didengar...






Kepada tiap insan yang ingin mengecap manisnya penghambaan...

Kepada tiap insan yang ingin merasakan kedekatan dengan Allah...

Kepada tiap insan yang ingin merasakan menghiba di hadapan-Nya...

Kepada tiap insan yang ingin merasakan nilai kehidupan...

Kepada tiap insan yang tenggelam di dalam kelam kemaksiatan...


Jadikan doa sebagai pewujud cita-cita kalian.


Ilahi..hamba-Mu yang miskin dan lemah ini berdiri di hadapan-Mu...

Ilahi..hamba telah menganiaya diri hamba sendiri dan

tidak akan ada yang mengampuni dosa hamba selain Engkau,

Maka ampunilah hamba...


Ilahi..hamba telah bertaubat kepada-Mu namun kembali melakukan dosa dan kemaksiatan,

Maka bantulah hamba dan tegarkanlah jiwa hamba...

Ilahi..bimbinglah hamba menuju kepada-Mu,

Kerana hamba ini lemah dan Engkau Maha Perkasa


Ya Allah, yang telah menutupi kesalahan dan kemaksiatan hamba,

tidakkah Engkau menutupi hamba nanti di hari pengembalian?

Hamba kembali kepada-Mu,


Tuhan...

Maka terimalah hamba...




Saturday, July 30, 2011

KENAPA???


KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."

(Surah Al-Ankabut, 29:2-3)


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

(Surah Al-Baqarah, 2:216)


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

(Surah Al-Baqarah, 2:286)


RASA LEMAH?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman."

(Surah Ali Imran, 3:139)


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (mengahadapi segala kesukaran dalam mengerjakan segala perkara-perkara kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih dari kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

(Surah Ali Imran, 3:200)


"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."

(Surah Al-Baqarah, 2:45)


APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka."

(Surah At-Taubah, 9:111)


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal."

(Surah At-Taubah, 9:129)


AKU TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI...

"Jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir."

(Surah Yusuf, 12: 87)




Thursday, July 28, 2011

...::: Ya Rabb:::....





" Allahu Rabbi,
Ya malikal qalbi,
Ya syafi'an nafsi,
inni arju ilaiKa...."



Ya Allah ya Tuhanku,
Pemilik hatiku,
Penyembuh lara jiwaku,
ku serahkan padamu segalanya...






Wednesday, July 27, 2011

Malu Sebahagian Daripada Iman~


Dari Salim bin Abdullah r.a dari ayahnya, katanya:”Nabi s.a.w lalu di hadapan seorang Ansar yang sedang mencela saudaranya kerana saudaranya itu pemalu. Maka sabda rasulullah s.a.w kepadanya:”Biarkanlah dia! Sesungguhnya malu itu sebahagian daripada iman.” (HR Bukhari)

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:“Sifat malu itu akan menghasilkan kebaikan”. (H.Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya:”Rasulullah s.a.w adalah seorang yang sangat pemalu, lebih pemalu dari gadis pingitan. Apabila baginda tidak menyenangi sesuatu, kami dapat mengetahuinya dari wajah baginda.”(HR. Muslim)

Keterangan Hadis:

1. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Iman itu mempunyai tujuh puluh cabang atau enam puluh cabang, maka yang paling utama ialah ucapan Laa ilaha illallah (Tidak ada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah) dan yang paling rendah ialah membuang duri dari jalan dan sifat malu ialah satu cabang dari iman.”(HR al- Baihaqi).

2. Di dalam perjalanan manusia sebagai hamba untuk mendekatkan diri kepada-Nya, ‘rasa malu’ merupakan tangga yang pertama. Maka, masih sangat jauh sebenarnya kita daripada kewujudan rasa cinta kepada Allah. Rasulullah sekalipun mempunyai rasa malu terhadap Allah SWT. Ia terserlah dalam kisah Mi'raj baginda iaitu di saat Rasulullah menerima perintah secara langsung agar umatnya mengerjakan solat. Di peringkat awalnya, Allah memerintahkan solat sebanyak 50 kali dalam sehari. Baginda menyanggupinya, namun Nabi dan Rasul lain yang ditemui dalam perjalanan mikraj tersebut menasihati bahawa tugas itu terlalu berat bagi umat Muhammad. Lantas baginda meminta keringanan sehingga bilangan solat dikurangkan kepada lima kali sehari. Saat itu, baginda diingatkan sekali lagi bahawa solat lima kali sehari pun masih terlampau berat. Namun, baginda berasa amat malu untuk kembali meminta keringanan daripada Allah SWT. Inilah contoh sifat malu yang ada pada diri baginda.

3. Malu untuk mengurangi nilai pengabdian seorang hamba terhadap Tuhannya. Namun kita selaku umatnya tidak pula mempunyai rasa malu mengabaikan perintah solat dan lain-lain ibadah-ibadah yang diwajibkan. Begitulah manusia, lazimnya hanya merasa malu untuk urusan duniawi di hadapan manusia, bukan urusan keakhiratan di hadapan Tuhan.

4. Kita tidak merasa malu dengan dosa yang berbukit yang pernah kita lakukan. Malah mungkin tidak pernah terdetik rasa enggan kita untuk bertemu Allah lantaran merasa malu di atas segala kejahatan yang dilakukan yang tak pernah luput dari pengelihatan Nya? Sesungguhnya kita benar-benar tidak tahu malu.

5. Abdullah Ibn Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: “Orang yang malu kepada Allah dengan sepenuh malu adalah orang yang menjaga kepalanya dari isinya, menjaga perutnya dari segala rezeki tidak halal, selalu mengingati kematian, meninggalkan kemewahan dunia dan menjadikan perbuatan akhirat sebagai hal yang lebih utama. Sesiapa yang melakukan semua itu, maka ia telah malu kepada Allah dengan sepenuh malu”.

6. Dari sudut syarak malu adalah menahan diri dari melakukan sesuatu yang mengakibatkan sesuatu yang negatif bukan malu tersipu-sipu yang tidak kena pada tempatnya. Sifat malu tersipu-sipu dan merendah diri ini adalah al-jahalu. Contoh malu tersipu-sipu hingga takut menjawab soalan guru di kelas adalah contoh al-jahalu. Sikap ini disebabkan kurangnya keyakinan diri dan lemah peribadi.

7. Tetapi al-haya’ (malu) adalah disebabkan sifat percaya diri dan kuat keperibadian lantaran kuatnya iman dalam menolak segala sesuatu yang negatif. Maka sifat malu itu sendiri adalah sebahagian daripada iman dan terpuji. Sifat malu menjadikan seseorang jauh daripada perbuatan hina dan maksiat sebaliknya meletakkan dirinya dalam keadaan kesempurnaan kerana selalu melakukan hal-hal yang positif. Dia akan berkata bahawa: “ Sesungguhnya aku adalah lebih tinggi daripada perbuatan terkutuk itu dan aku lebih mulia daripada perbuatan tercela itu.”.

8. Sifat malu adalah suatu sifat yang terpuji. Sesiapa yang memilikinya akan terlepas daripada segala kejahatan kerana dengan adanya sifat malu kita tidak akan melakukan segala keburukan.

9. Kesimpulannya sifat malu akan meninggikan darjat keimanan orang yang milikiny. Seseorang yang tidak mempunyai sifat malu, dia bukanlah hidup sebenarnya, tetapi sudah mati atau hampir mati imannya.

Saturday, July 16, 2011

~Hati Kasih~





Kerana DIA, ku disini..Kerana DIA, ku hidup didunia ini..Perlukah ku utamakan cinta selainNYA kerana cinta itu juga adalah kurniaanNYA..Perlukah ku utamakan perkara dunia berbanding ibadah kepadaNya, sedangkan dunia ini hanyalah sementara..

Perlukah ku lupakan akhirat yang selama-lamanya, sedangkan ianya adalah tempatku yang kekal?
Jika derita atau bahagia didunia, hakikatnya adalah sebentar saja, jadi jangan terlalu kecewa atau gembira.
Tapi jika di akhirat sana, pastilah derita dan bahagia itu selama-lamanya, kenapa perlu lagi dilupakannya?

Sangat tidak wajar untuk melupakan DIA. Kerana DIA tidak sedetik pun melupakanmu. Memberi dan terus memberi kasih sayang padamu. mencurah segala kenikmatan pada mu.


(QS Ar-Rahman, 55:13)

Bersyukurlah wahai diri atas segala yang dikurniakan Ilahi pada mu..Jika kamu merasakan ujianmu berat. Ingatlah sesungguhnya ada yang lebih berat ujiannya berbanding dirimu.

Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Tenanglah wahai sahabat kerana diriku pernah diuji dengan ujian sepertimu. Memang sakit. Memang perit. Namun bersyukurlah dan redhalah kerana ada hikmah disebaliknya. Diriku telah mengetahui hikmah disebalik ujian tersebut. Daku harap dirimu juga sepertiku. Kuatkan semangatmu wahai sahabat. Yakinlah, Allah mengatur yang terbaik untuk dirimu.

Sunday, July 10, 2011

~Menilai Seseorang~

From: Ustaz Hafiz



Jangan mudah menilai akan diri seseorg, kerana yang berhak menilai adalah Allah Ta'ala sebagai Tuhan.

Kadangkala, bila kita melihat seseorang melakukan kesilapan, mudah sekali menganggap dia hina dalam kehidupan..

Bila terlihat seseorang terjebak dengan dosa, cepat sekali kita buat tanggapan dia akan hidup begitu selama-lamanya..

Adakalanya, bila kita mengetahui seseorang itu membuat salah dan terjerumus dalam dosa, lalu kita berbangga dengan diri kita kerana kita sepertinya, malah terasa mulia hingga bermegah sentiasa.

Alangkah hinanya kita, sepatutnya perkara mungkar didepan mata, perlulah segera mencegah dan menghalangnya. Namun lain pula dilakukan oleh kita, kita gemar melayan perasaan mulianya kita, hingga memperlekeh-lekehkan mereka. Sebenarnya adakah iman kita masih ada, kerana selemah-lemah bila kemungkaran berlaku didepannya, adalah membenci sedalam2nya melalui hatinya. Namun lain pula yang berlaku, kita tak membenci kemungkaran yg berlaku didepan mata kita, tetapi sebaliknya memuliakan pula diri kita dihadapan mereka. Sedarilah, jikalau ingin menegur pula, janganlah pula masukkan unsur untuk mengutuk mereka..

Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang melihat kemungkaran, cegahlah dengan tangan. Jika dia tidak mampu, cegahlah dengan lisan. Jika dia tidak mampu juga, cegahlah dengan hati. Sesungguhnya itu selemah-lemah iman”

Firman Allah ta`ala yang bermaksud: “Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik…..” (Surah An-Nahl: 125)

Sesungguhnya jangan merendah-rendahkan seseorang atas kesilapan yang telah dilakukannya, kerana mungkin suatu hari kita ditakdir melakukan kesilapan yang sama. Jangan mencemuh dan menghina kerana dosanya, kerana mungkin dia sudah bertaubat pd Yang Esa. Sebaiknya, bila seseorang melakukan kesilapan mahupun dosa, tegur dan nasihatilah dia serta berdoalah agar Allah kurniakan hidayah kepadanya. Ingatlah bahawa keadaan kita sekarang ini adalah berkat dari hidayah Allah Ta'ala, dan baiknya diri kita bukan semata-mata kerana diri kita, namun ianya adalah kerana petunjukNya. Maka bersikaplah sebaik mungkin dengan mereka, agar dirimu mampu menjadi teladan buat mereka. Jangan kerana sikap diri kita, mereka semakin jauh dari dakwah kita.

"Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk (memberi taufik) siapa yang dikehendaki-Nya. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredhaan Allah. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup sedang kamu sedikit pun tidak akan dianiaya (dirugikan)."[Al-Baqarah ayat 272]


Yaa muqollibal quluub tsabbit qolbiy ‘alaa diinika wa’ala thoo’atika”..

wahai yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku untuk tetap konsisten dalam dien-Mu dan dalam menta’ati-Mu.

Tuesday, May 24, 2011

Macam-Macam~

Sekarang ada di rumah.Bercuti selama 11 hari (18hb5 - 29hb 5). Duk rumah banyak sangat perkara berlaku. Banyak benda baru yang saya belajar. Best!


1. Kena memasak untuk abah yang nak makan tengah hari kat rumah.


2. Kena jahit baju kurung adik yang tiba-tiba kata ada baju rasmi untuk matrik. Diberi masa satu hari untuk jahit. Lusa dah nak bertolak. Satu hari sangat singkat kalau beri pada orang yang dah lama tak sentuh mesin macam saya. (nasib baik jadi jugak)



3. Kakak bakal berkahwin bulan 12, 2011 (insyaAllah, semoga dipermudahkan)



4. Kena masak untuk abang dan adik lelaki waktu umi dan abah tak ada kat rumah (p hantar adik bongsu masuk Matrik Kulim).



5. 1st time masak tomyam (biasa masak benda lain). Lepas masak tomyam baru tahu kenapa orang suka sangat dengan tomyam (sebelum ni saya memang tak suka tomyam).



6. Saya ada seekor kucing betina yang comel.



7. Adik masuk matrik. Sunyi la pula rasanya.Takut tidur sorang..hehe



8. Ada kes kecurian berlaku di blok saya kat USM. (ini dah kali kedua dah.bahaya betul laa)




9. 1st time gali pokok lengkuas. Nak letak lengkuas dalam ikan singgang.




10. SAYA RINDU USM...USM DI HATI KU...


Wednesday, May 18, 2011

~C.i.N.T.a~

Cinta itu datang dengan tiba-tiba

Cinta itu indah

Cinta itu fitrah

Aku kagum dengan cinta

Cinta membuat diriku sejuk

Cinta membuat diriku bahagia

Cinta membuat diriku tersenyum sendiri

Cinta itu penawar bagi kepahitan

Cinta itu penyembuh bagi yang sakit

Cinta itu membuat diriku terkenang

Terkenang dengan nikmat-Nya

Terkenang dengan hidayah-Nya



Zikir dan selawat di bibirnya

Quran di tangannya

Hafalan di fikirannya

Raut wajah seakan Cina

Siapakah dia?

Muaallaf kah dia?




Subhanallah…

Indahnya ciptaan Tuhan

Sedetik rasa malu..

Jika benar muaallaf,

Aku malu sebagai Islam yang sudah lama bertapak di jiwa.

Hanya bertapak di jiwa tapi bukan di hati..

Malu dengan sikap tidak istiqamah ku

Aku juga seperti itu dulu

Namun kini?

Ke mana pergi mushaf tersebut di tanganku?




Cinta…

Ke mana melayang cintaku?

Dengan adanya diri mu,

Aku sedar

Aku perlu mencari cinta tersebut

Mengejar cinta tersebut

Terima kasih wahai insan..

Yang membuat ku sedar

Betapa aku hilang sesuatu yang amat besar dalam diri ku

Tak perlu berkata-kata

Cukup sekadar tingkah mu

Membuat diri ini terkesan

Membuat orang yang berakal berfikir




Cinta ku hadir dikala mata melihat

Cinta ku hadir dikala hati berdetak

Cinta ku hadir dikala akal berfikir

Cinta ku ini bukan cinta biasa

Cinta ku ini cinta yang suci

Cinta ku ini cinta yang sejati

Indahnya cinta ilahi...

Sunday, May 15, 2011

Aku tak reti???


Aku tak reti???

Tak reti apa? Tak reti repair kereta? Tak reti panjat gunung? Tak reti menyanyi?

Yup..memang aku accept semua ketidak retian itu...tapi aku tak boleh terima orang cakap aku tak reti memasak...MASAK..

owh...tidak...sedihnya hati ini bila orang pandang aku ni tak reti masak...

"Betul ke kamu ni boleh memasak?", "Aku tak percaya la budak ni nak memasak..."

Apa ni...Tolong la...Jangan la judge orang tanpa tengok hasil dia dulu..

Aku pandai masak la kawan-kawan semua...Pernah aku masak, ikan masak kicap kat rumah kawan aku. On my own buat tau..Ada orang puji lagi (bukan nak riak, tapi nak buktikan je).

Tapi aku bukan la expert sangat. Itu aku mengaku la..Dah tak duduk rumah. Nak buat macam mana. Masa banyak habis kat hostel je. Kalau kat hostel biasa la kan, makan biasa cafe la yang
masak. Masa tahun 2 dulu aku ada la jugak masak2 kat bilik. Dengan kawan-kawan (Nurul n Aisyah). Best sangat! Kalau aku balik awal aku yang masak, kalau diorang balik awal diorang la yang masak.

Kini, aku serius nak belajar masak..nak sangat masak memasak ni..ye la..nanti nak kawen, mak mertua suruh masak ada yang tak reti sat g. Nak pegang senduk kuali pun kekok tu tak nak la...

Tahun lepas, memang beria sangat nak memasak..ye la, bajet
nak kawen awal kan. Siap beli buku masakan lagi. Punya la semangat nak memasak...Sebelum ada calon ni. Kena belajar masak betul-betul dulu. hehe...Nak tengok koleksi buku masakan aku...

Dalam buku ni ada panduan memasak. Siap ada nama sayur-sayuran lagi. Memang bagus la untuk orang yang baru nak mengenal erti masak memasak...

Buku ni aku beli waktu ada sale. Nampak tak 20% off. hehe..Dalam ni semua resepi2 untuk masak ikan. Siap ada petua2 lagi..best2..

Tadi buku untuk masak ikan, yang ni untuk masak ayam.. Sedaaap...

Masakan kat dalam ketiga-tiga buku ni semuanya simple-simple belaka..Sesuai untuk orang yang baru belajar memasak. Kalau dalam buku kedua dan ketiga ni, masakan dia ala-ala kampung sikit. Buku pertama tu, banyak western food. Tapi yang pasti semua simple dan mudah. Cara pengolahan dan bahan-bahan yang digunakan pun mudah nak dapat.

Tapi malangnya aku belum lagi sempat nak cuba masak apa yang ada dalam ketiga-tiga buku ni..Aku duk baca je. Baca dan berkhayal macam mana nak masak..Suatu hari nanti k. InsyaAllah. Masak untuk family..hehe...

Last but not least...Aku memang nak masak. Tapi tak berpeluang je. Teringin nak ada dapur kat bilik. Hari-hari masak untuk roomate. Practice masak untuk family baru nanti. Kalau sesiapa ada calon nak bagi kat aku, cepat inform, rajin sikit aku hafal masakan-masakan ni..haha. Baru semangat sikit nak belajar memasak kan...


Ok la..bubye semua. Wish me luck dalam bidang ni..

~Smile~

p/s: esok nak masak ikan masak kicap kat kawan aku. Hari Sabtu dan Ahad ni nak balik umah, nak masak ayam gajus n apa-apa je lah. Ummi tak ada kat umah, so boleh testing masak puas-puas..jangan hancur dapur sudaa... :)



Saturday, May 14, 2011

~KeGemiLangaN KembALi~


Assalamualaikum w.b.t

Teringat kenangan semalam.
Jam 3 pagi. Meleraikan segala. Dari hati ke hati seorang Perempuan...seorang Gadis...seorang Pemburu Cinta...

Alhamdulillah...Syukur pada-Mu Ya Tuhan dikurniakan dua orang rakan yang sangat supportive. Sangat memahami...


Kini hidupku mula terarah...Baru tersedar bahawa aku banyak lagha...alpa...jauh...
Namun asbab yang diberi pada ku untuk kembali pada-Nya sangat indah...banyak kenangan...banyak hikmah...
Aku kini lebih mengenali realiti hidup. Hidup yang bukan semestinya stereotaip..
Manusia yang banyak ragamnya...

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
(Surah Al-Hujurat, 49:13)

Indahnya dunia ni kan???
Aku kini bahagia..Sangat bahagia...dengan hidayah yang Allah beri buat entah keberapa kalinya...Sesungguhnya Allah sangat memahami hambanya...Walaupun hambanya sering lupa..sering alpa..Namun Dia sering menantikan taubat hamba nya...

Terima kasih Ya Allah...

KINI...

Aku ingin mengembalikan kegemilangan hati ku...mengembalikan semula cahaya cinta-Nya dahulu...

Al-Quran (resam Uthmani) sebagai pendamping. Terutama senggang masa maghrib n isyak..

Al-Quran terjemahan yang 1st dibeli.Waktu tahun 1.Banyak yang aku belajar daripadanya. Tapi aku lebih lancar baca yang Uthmani. Quran ni banyak tanda2 pada terjemahannya yang aku buat. Ayat2 quran yang menyentuh hati. Sangat sayang..

Ni pula Ma'thurat. Baca lepas subuh n petang..Sebagai zikir harian. Kelebihan lain: sebagai pendinding dan keselamatan..

Buku ni pula ada macam-macam. Ni hadiah daripada Murabbiyah ku (Ukhti Hawa)..sebab aku nak hafal Juz Amma. Sekarang dah banyak yang aku hafal. Walaupun ada je yang tak lepas lagi..Sayang sangat buku ni..

Yang ni Buku Hadith Arba'in. Daripada hadith-hadith ni aku dapat menghayati setiap perkara yang berlaku dalam hidupku. Kaitkan hadith dengan hidup. Best! Antara hadith yang paling aku suka ialah Hadith 19 (Jagalah Allah, Allah menjagamu) dan Hadith 38 (Menjadi Wali Allah).
Ni pula adalah jadual mutabaah. Dengan jadual ni kita boleh pantau apa ibadah yang kita lakukan dalam hidup. Dengan jadual ni juga kita dapat ukur iman kita ni setakat mana. Menaik ke menurun ke. hehe...


Aku berharap sangat aku dapat lakukan yang terbaik dalam hidup aku..
Dan dapat mencapai cita-cita ku untuk bertemu yang Maha Esa.

Matlamat hidup...Mardhatillah.

Semoga setiap langkah hidupmu diiringi dengan redha Allah.. duhai Ilani...

Ameen..


Wassalam. ~Smile~