Blogger Templates

Sunday, July 10, 2011

~Menilai Seseorang~

From: Ustaz Hafiz



Jangan mudah menilai akan diri seseorg, kerana yang berhak menilai adalah Allah Ta'ala sebagai Tuhan.

Kadangkala, bila kita melihat seseorang melakukan kesilapan, mudah sekali menganggap dia hina dalam kehidupan..

Bila terlihat seseorang terjebak dengan dosa, cepat sekali kita buat tanggapan dia akan hidup begitu selama-lamanya..

Adakalanya, bila kita mengetahui seseorang itu membuat salah dan terjerumus dalam dosa, lalu kita berbangga dengan diri kita kerana kita sepertinya, malah terasa mulia hingga bermegah sentiasa.

Alangkah hinanya kita, sepatutnya perkara mungkar didepan mata, perlulah segera mencegah dan menghalangnya. Namun lain pula dilakukan oleh kita, kita gemar melayan perasaan mulianya kita, hingga memperlekeh-lekehkan mereka. Sebenarnya adakah iman kita masih ada, kerana selemah-lemah bila kemungkaran berlaku didepannya, adalah membenci sedalam2nya melalui hatinya. Namun lain pula yang berlaku, kita tak membenci kemungkaran yg berlaku didepan mata kita, tetapi sebaliknya memuliakan pula diri kita dihadapan mereka. Sedarilah, jikalau ingin menegur pula, janganlah pula masukkan unsur untuk mengutuk mereka..

Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang melihat kemungkaran, cegahlah dengan tangan. Jika dia tidak mampu, cegahlah dengan lisan. Jika dia tidak mampu juga, cegahlah dengan hati. Sesungguhnya itu selemah-lemah iman”

Firman Allah ta`ala yang bermaksud: “Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik…..” (Surah An-Nahl: 125)

Sesungguhnya jangan merendah-rendahkan seseorang atas kesilapan yang telah dilakukannya, kerana mungkin suatu hari kita ditakdir melakukan kesilapan yang sama. Jangan mencemuh dan menghina kerana dosanya, kerana mungkin dia sudah bertaubat pd Yang Esa. Sebaiknya, bila seseorang melakukan kesilapan mahupun dosa, tegur dan nasihatilah dia serta berdoalah agar Allah kurniakan hidayah kepadanya. Ingatlah bahawa keadaan kita sekarang ini adalah berkat dari hidayah Allah Ta'ala, dan baiknya diri kita bukan semata-mata kerana diri kita, namun ianya adalah kerana petunjukNya. Maka bersikaplah sebaik mungkin dengan mereka, agar dirimu mampu menjadi teladan buat mereka. Jangan kerana sikap diri kita, mereka semakin jauh dari dakwah kita.

"Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk (memberi taufik) siapa yang dikehendaki-Nya. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredhaan Allah. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup sedang kamu sedikit pun tidak akan dianiaya (dirugikan)."[Al-Baqarah ayat 272]


Yaa muqollibal quluub tsabbit qolbiy ‘alaa diinika wa’ala thoo’atika”..

wahai yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku untuk tetap konsisten dalam dien-Mu dan dalam menta’ati-Mu.

No comments:

Post a Comment