Blogger Templates

Thursday, July 15, 2010

Khalifah

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Hari ini kehidupanku kian lancar.Alhamdulillah Allah menganugerahkan seseorang yang dapat membantu ku dalam membentuk kerangka tesis untuk sem depan. Memang berat bagi ku yang baru menapak dalam bidang sekarang ini. Tetapi aku merasakan sangat bertuah kerana diberi peluang untuk mengambil jurusan ini. bidang Sains Matematik bertukar pada bidang Pengurusan dan Pembangunan Islam. Inilah keindahan ilmu. Setiap perkara dalam dunia ini akan ada hubungannya. Samaada kita mencari perkaitannya atau kita hanya menyelosori kehidupan tanpa berbuat apa-apa. Nau'zubillah. Minta dijauhkan dari perbuatan yang sia-sia dan diharapkan agar dapat ku lalui segala onak dan cabaran.

Syukur kerana masih lagi kaki ini melangkah salah satu daripada rumah Allah. Memang sedih. Hanya dijadikan tempat persinggahan. bukan tempat untuk di makmurkan. Semoga Allah terus memilih untuk menjemputku dan istiqamahkan diri ini. Hari ini aku dipertemukan dengan seorang kenalan di desa lama yang baru sahaja bertukar ke desa ini. Pelajar master by research, fizik perubatan. Bila sembang banyak benda yang aku tahu. pertama, ingatkan kursus ini dimonopoli pelajar lelaki (sebab fizik) tapi yang menghairankan pelajar perempuan jugak yang ramai. yang ada lelaki pun semua international student. kemana perginya wahai lelaki-lelaki. jawab sediri la ye. kedua, dia sendiri tak tahu kenapa dia memilih kursus ni. katanya, bila apply senang-senang je dia dapat. tapi sekarang ni, kerjanya memang asyik duduk dalam lab je setiap hari. sangat penat. penat otak penat badan. sampaikan dia terfikir, kenapalah dia ambil kursus ni. kenapa tak ambil je coursework or mix mode.

"...boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (2:216)

Yup.Ada hikmah Allah meletakkan kita di tempat yang kita berada sekarang. sebab mana mungkin Allah menjadikan sesuatu dengan sia-sia. Mana tahu kita yang akan merubah dunia kelak. Jangan kita lupa bahawa Allah menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini. Oleh itu bersikaplah seperti seorang khalifah. Laksanakanlah tanggungjawab sebagai khalifah. Jangan kita lalai dan alpa kerana segala amanah dan tanggungjawab akan ditanya di kala mulut terkunci dan anggota lain yang berkata kata.

Di waktu itu akan disoallah segala anggota. Apa yang difikirkan oleh akal . Apa yang dilihat oleh mata. Apa yang diperkatakan oleh mulut. Apa yang dipegang oleh tangan. Apa yang dirindui olah hati. kemana kaki ini melangkah dan semuanya. Alangkah malang jika segala pertanyaan tersebut di jawab; aku gunakannya untuk melakukan larangan Allah. Dan alangkah beruntungnya jika dijawab; segalanya kugunakan demi melakukan perintah Allah.

"barangsiapa yang mengerjakan kebaikan maka pahalanya untuk dirinya sendiri dan siapa yang mengerjakan kejahatan, dosanya menjadi tanggungan dirinya sendiri. Dan Tuhanmu sama sekali tidak menzalimi hambaNya" (41:46)


Seruan untuk diri sendiri dan semua agar kita sama-sama menjalankan tanggungjawab kita sebagai khalifah. Menjalankan amar ma'ruf nahi mungkar. Jangan mencemarkan dan meretakkan jalan yang telah dibina untuk kita. Teruskan hidup ini dengan sentiasa melakukan yang terbaik untuk diri, bangsa dan agama. Dan teruskan mengumpul harta yang boleh menjamin kehidupan kita di alam sana.

2 comments:

  1. siapa yang tolong demo buat kerangka tesis? lecturer ISDEV ke? atau member

    ReplyDelete
  2. lecturer isdev la..dr zahri.alhamdulillah.d lah jugak idea

    ReplyDelete