Blogger Templates

Wednesday, July 14, 2010

PETUA SENIOR - elak mengantuk

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,
ASSALAMUALAIKUM...

sebelum apa-apa terjadi marilah kita sama-sama niatkan setiap perkara yang kita ingin lakukan kerana Allah Taala. samada saya yang menulis, anda yang membaca mahupun yang menjenguk, yang tertengok blog ini. InsyaAllah kita akan bersama mendapat keberkatan dalam setiap yang kita lakukan.InsyaAllah.

bukankah dalam kumpulan hadis arbai'n oleh Imam Nawawi, yang pertamanya ialah niat. ini menunjukkan betapa pentingnya kita mendahului sesuatu perkara dengan niat.

"sesungguhnya diterimanya amal perbuatan itu tergantung pada niatnya, dan sesungguhnya setiap orang akan mendapat apa yang ia niatkan..."
(hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)

teringat saya akan kuliah tadi. sedikit tazkirah berkaitan dengan niat. ye la, 1st belajar. mesti dengan cara yang betul supaya apa yang kita pelajari tu senang masuk senang ingat dan senang praktik. kalau permulaannya pun dah kucar lembe (bahasa orang kelantan) macammana hasilannya kan? so, betulkanlah niat kita sebelum kita mula belajar. kadang-kadang niat kita mungkin berubah ubah, so sentiasa luruskan niat kita untuk mencari redha Allah. baru la dapat pure punya pahala.


niat kita ni sebenarnya boleh dijadikan satu ubat..ubat mengatuk.bak kata senior saya lah. kalau duk rasa syaitan duk bergayut banyak banyak kat mata tu, cuba ingat Allah. cuba refresh balik niat kita.kenapa kita belajar.saje saje ke, sebab parent suruh ke, sebab nak gaji besar ke nak kereta besar ke atau etc.bila kembali kepada Allah, mudah mudahan syaitan pun tak berani dekat.yang duk begayut tu cepat cepat lari.insyaAllah. jadi meh la kita pakat try petua senior ni.mujarab ni....(saya dah cuba, anda bila lagi).


kepada semua. selamat mencuba dan selamat maju jaya.




1 comment: